Tuesday, August 31, 2010

SIGS vs STF

Sape skolah STF??? Sapa pulak SIGS??Sila mengaku.hehe.. These 2 schools are in JB. Tapi STF (Sekolah Tun Fatimah) asrama penuh, SIGS (Sultan Ibrahim Girls School) skolah biasa je. I dun know maybe skolah bestari. Yang penting SIGS hot ok...

Sebenarnya, saya sangat teruja untuk melawat adik perempuan saya untuk pertama kalinya di STF . Bukan setakat first time melawat dia, tapi 1st time menjejakkan kaki ke STF. Walaupun STF ni dekat di hati zaman skolah2 dulu, bukan kerana saya bercita2 masuk STF (tak pernah sekali pun..cita2 masuk MRSM adalah..tapi tak pandai kan, skolah biasa je..mungkin 4A UPSR dulu cukup2 makan je) tapi kerana STF adalah rival utama untuk SIGS Military Band..hehe.."RAIN OR SHINE, THE BAND STILL STANDS". Tak sangka kini adik saya pulak sekolah sana. At least, I'm pround of her. Satu-satunya dalam adik beradik kami masuk asrama penuh. Selamat adik saya ni tak masuk band..hehe..

Bila dah masuk ke kawasan asrama STF, terdengar pulak the band girls tengah training. Teringat zaman dulu2. Ada snap few pics kat sana tapi camera dah tinggal kat hometown so tak dapat nak upload. Cuma ni i sya jumpa kat youtube. The performance by the junior,  SIGS Band (2009)



Zaman saya dulu tak de youtube2 ni, so tak de la kenangan video2 sangat. Kalau ada pun, senior kasik ke upload camni? huhu.. Alangkan pakai t-shirt band keluar dari gate skolah pon x boleh..Just  for the sake not to disclose our identity as SIGS band girls to outsiders. Kalau couple ngn band boys dr skolah lain pun kene rahsia2..rival sangat la konon.. Zaman berubah. Now semua Youtube, Facebook etc..Takpe la, at least dapat tengok adik2 punya performance.

Friday, August 27, 2010

Mari balik Kg...

Mari kite beraya awal..hehe..balik kampung. Will be offline till Tuesday. I dun have bb ok..kecek2 hubby punya je nanti online guna bb dia..Happy weekend all..selamat hari merdeka juga. Sapa balik JB jom buka sama..hehe..

Wednesday, August 25, 2010

Syurgamu Ramadhan

Sapa tengok cite "Syurgamu Ramadhan" malam tadi? huh emo sungguh tengok semua orang nangis2 sebab Lia and Budi mati..yang paling sedih anak2 nya tu yang jadi yatim piatu. Tak sangka la watak Lia mati cepat sangat..

Anyway, bagus cite ni buat pengajaran. No doubt, kadang2 ego ibu2 ni tinggi especially kalau anak kesayangan melukakan hati mereka. Tersinggung hati ibu tu boleh bawak sampai bertahun2 memendam rasa.  Kadang2 kita tak sedar, sikit je kata2 kita yang kita anggap biasa2 je, tapi sebenarnya dah menyakiti hati ibu. Lagikan la kalau mcm cite ni. Tapi apa2 pun give and take itu penting. Insyaallah, sebagai ibu, kebebasan memilih  dan membuat keputusan untuk anak tu perlu juga dipertimbangkan. Moga kita semua dijauhkan dari jadi anak derhaka. Nauzubillah!!

Sapa tak tengok cite ni rugi..

pic from google
paling saya menyampah pompuan yang paling kiri sekali tu..
tak tahan betul tengok gedik meroyan die tahap dewa tu..

Tuesday, August 24, 2010

Teh Tarik dan Lidah Bercabang

Saya sangat kepingin akan teh tarik dan selepas bertanya2 pada Shikin rahsia teh tariknya, saya dengan poyonya beli tapis kain tu. Mak kata "eleh, mak tak pakai tapis kain pun sedap je". Yes mom, U r the teh tarik expert, milo susu everyday expert, kopi O expert dan semua air pun Mat kata Mak buat sedap. I can't beat u or even on par with u on that. However, some of  your cooking style I dah dapat skill already. Both Mat and Nani agree..esp my sambal bilis, sambal udang, and the latest mee rebus...hehe...


So this is my teh tarik. Yes, saya bersungguh ikut kata Shikin. Guna susu  manis dan campur susu cair F&*. Yang lain tak sedap.  So this is my best teh tarik ever walaupun separuh masuk sink coz it was too sweet at  first. I had it 3 mugs..seriously a bit kembung with the teh tarik but I simply love it..selebihnya tunggu hubby balik tarawih to try my new version teh tarik (Shikin style with tapis kain some more..poyos!!!) I keep mentioning about the tapis kain coz not just my mom but my hubby also gelakkan I = perlekeh usaha I yang beriya nak try teh tarik tanpa jemu dengan style baru dengan tapis kain. Sebelum ni semua tak sedap dengan tapis biasa... 

Teh apa I guna? 1 sudu teh cap musolla aka masjid dan 2 susu teh boh. Boleh share your teh tarik recipe? I tak serik mencuba..

Lidah bercabang?
Tak le..hanya lidah si gediks..

Posing ala2 CEO upin&ipin inc. ye??

This is his new addiction!! Pengsan maknye asyik nak replay youtube Upin dan Ipin je. Siap boleh pause pulak amik gamba. Nanti le mama carik CD Upin Ipin. Kat mana ada jual ek?

Monday, August 23, 2010

Ketam Goreng Berlada Serai

Dalam entry yang lepas pasal menu ringkas berbuka, saya ada selitkan Mr. Crab di celah2 resepi yang mudah ringkas ikan kering asam dan nasi goreng daging black pepper tu. So inilah  resepi Ketam Goreng Berlada Serai..





Bahan-bahan (A):
1) 3 ekor ketam  dipotong 2 (untuk 2 orang makan je ye..kalau family ramai tambah lagi)
2) Garam + kunyit secukup rasa


Gaulkan ketam dengan garam kunyit dan gorengkan ketam2 itu dengan minyak penuh. Ketepikan ketam (pulaukan dulu ketam ni jauh2)


Bahan-bahan (B):
1) 3 ulas bawang putih
2) 1 biji bawang besar
3) sedikit halia (besar ibu jari)
4) sedikit lengkuas
5) 3-4 sudu cili giling or blend
6) sedikit belacan


Kisar bahan2 B dan pulaukan dia di sudut yang lain


Bahan-bahan (C):
1) sedikit bawang putih untuk menumis
2) 2 tangkai serai - dipotong halus-halus sedang
3) 1 sudu sos tiram
4) 1-2 sudu sos cili (ikut suka)
4) 1 sudu sos tomato/air asam
5) 1 sudu kicap manis
6) garam dan gula secukup rasa
7) daun limau purut


Panaskan minyak, masukkan bawang, kemudian serai sampai naik bau. Masukkan bahan kisar (B) yang telah dipulaukan tadi sampai pecah minyak dan sambal betul2 masak.


Campurkan bahan2 (C) yang lain dan rasa la secukupnya ikut selera masing2. Last sekali masukkan daun limau purut supaya naik bau dan rasa.


Temukanlah ketam goreng yang telah dipulaukan tadi dengan sambal yang telah garing. Sama ada anda nak gaulkan ketam dengan sambal di kuali atau just siram sambal ke atas ketam. Ikut suka masing2.. Saya siram je sambal atas ketam.


Dah siap resepi Ketam Goreng Berlada Serai!!!!


* Saya potong2 serai instead of blend halus supaya ada rasa2 gigit kasar. Kalau tak suka rasa serai yang jelas dan ketara tu boleh blend je sekali dengan bahan2 B.


Selamat mencuba...

Sunday, August 22, 2010

Deman sekejap2 panas dan bintik2 merah di muka

Kami sampai rumah dari berbuka umah kawan dalam kol 10 dan Dhani super active sambil lompat2 dan explore segala di rumah orang. Mahap ye tuan rumah, anak I buat inspection sana sini. Dekat  kol 9, Dhani macam dah lembik je. Macam dah nak balik, saya rasa badan dia, panas balik. Biasa la tu demam malam (ada ke??). Hari ni actually hari ke 3 Dhani demam, tapi suhu tak de la tinggi sangat dan Dhani still active. Cuma bila malam rasa badan dia panas. Tengah lap2 badan dia tadi nampak macam ada rashes di pipi dan sikit2 di tangan.RASHES ke bende lain? Nauzubillah.. Mintak2 tak de pape dan demam biasa. Ada sesiapa pernah camni ke? Saya masih dalam standby mode ni. Harap2 dapat la kerja Monday ni. Semoga Dhani cepat sembuh dan merah2 sikit tu cuma rashes sebab dia kuat peluh. Insyaallah.

Adakah boss saya faham kalau saya cuti lagi Monday ni? I'm not sure. What ever it is, Dhani and his daddy are my first priority, then come my family. Work is no 3.  Dear colleagues, I hope u guys understand as you always do. Saba2 je la ye kalau orang asyik dok carik saya tanya itu dan ini. Layankan je la. I will only  be back to work if there is no more doubt and worries thinking Dhani's condition in the nursery if he's not 100% cured. Do the caretaker feed him with the medicine on time? Will he finish his medicine? (kalau makan ubat pun macam nak kene sembelih). How they treat him when he become so cranky and merengek2 time nak tido coz he's not feeling well?

Semoga Izz Dhani Mohd Firdaus cepat sembuh..Amin...

Friday, August 20, 2010

Izz Dhani is the winner of Cute Funny Eating Baby Contest by Suziey

Izz Dhani menang untuk contest Suziey ni..Alhamdulillah, rezeki ramadhan dapat baju raya dari sponsor contest, Mama Balqis.. (nama sama nama I..my name is Balkis..(tibe2 kan??)

Winners

Top 4 boys

Entry contest ni di sini ye. Terima kasih pada penganjur, sponsor, dan contestants yang lain semua..

p/s: Thanks adD, bagitau pasal Dhani menang ni. Beriya I terus pegi umah pink Suziey. Yes, gamba Dhani menang tu ada dalam entry lepas : Mendisiplinkan Anak Ketika Makan



 

Menu simple kecur air liur dan cepat dimasak untuk berbuka atau sahur

Bulan puasa ni especially weekdays, ramai isteri2 tergesa2 memasak bila balik kerja. Saya percaya ramai dah complain dengan makanan di param yang mahal dan tak de rasa. Saya pun cuba sedaya untuk masak untuk berbuka walaupun menu kami simple2 je setiap hari. Kadang2 rasa sedih teringat makanan yang meriah kalau mak2 kita masak. Bila kita pulak, serve suami dan anak yang simple2 aje. Mungkin kene tukar tactic ni bila anak dah ramai dan besar2. Ada pulak kene complain dengan anak2 nanti kan? Yang demand makan macam2 belum kira pulak. For me, my hubby memang tak kasik masak byk2 jenis. Membazir je tak habis makan. 

So di sini, saya nak share antara menu Ramadhan saya :

Yang pertama ni..
Ikan Kering Masak Asam

Cara nak masaknya senang la sangat2..
1) Goreng ikan kering (ketepikan)
2) Tumis bawang putih, bawang besar dan sedikit cili padi
3) Masukkan sos tiram dan air asam (buat pekat2, jangan banyak air)
4) Tambahkan sikit gula, kicap dan masukkan lebih bawang besar kalau suka banyak bawang
5) Kalau tak suka kering sangat, tambahkan sikit air..
* Tah yah letak garam coz ikan masin semestinya dah masin

Cuba la..memang terangakat..Pedas, masam dan masin 

Resepi kedua ialah...

 Nasi Goreng Sosej dan Daging Black Pepper



Cara nak masak: 
1) Daging black pepper tu masak cam resepi yang pernah saya upload dulu di sini :-) short cut ye..
2) Nasi goreng sure korang tau kan..Goreng je sesedap rasa. Campur je la apa2 yang ada..

Yang penting combination ni menarik. Kami makan tu je sebagai menu berbuka. Kesian kan? Tapi sedap dan bertambah2 big boss makan..Wasatiah but meriah katanya :-) 

Kalau ada masa banyak, bolehlah kita bersilat masak yang leceh tapi superlicious macam ni...

Ketam Goreng Berlada Serai

Resepinya?? Insyaallah dalam siri yang akan datang..Stay tune!!

Wednesday, August 18, 2010

Corus Hotel Balik Kampung Ramadhan Buffet

Ahad lepas kami berbuka di Corus Hotel, KL kerana dapat diskaun 50%. Kalau nak diskaun 50% lagi kene tunggu minggu terakhir puasa pulak nanti. Kalau dah buffet, makan tak hengat sampai esoknya saya sakit perut sampai MC..Layan la gamba makan ni ek..











 




Banyak lagi makanan sebenarnya. saya tak sempat nk amik gamba. Desert pun lazat2 eg: cendol, abc, sagu (yang kuah gula melaka tu), aneka kek, rojak, aiskrim dan kueh2 tradisional. Penggemar kambing ada la sekor tergolek2 kat sana. then ada la juga bende2 western cam sup2, pasta segala. mee bihun sup pun ada. tinggal istifar je banyak2..kene pk2 gak nak sumbat semua dalam perut..

Selamat berpuasa semua..dah masuk minggu kedua. kejap lagi je dah nak raya kan?

Gastrik..

Tiba2 dekat tengahari ni saya dah gastrik…Mak kata gastric or sedara mara sakit perut ni pun related to tense, stress dan adik beradiknye. Betul kah? 99% mungkin dalam kes saya ini.

Haruskah berbuka?? Sayang gak nak buka. Nak makan apa pun satu hal? Mana ada stok. Kang saya bancuh milo siang2 hari buta ni ada pulak yang pandang serong. Dilema…

Langit Tak Selalunya Cerah :-(

Yesterday, I was late for the break fast since I have a big mission to mengadap boss besar. That was fine actually and the proposal that I prepared a night before and almost half of the working hours yesterday was  well presented. On the other hand, I received a news which suppose to be a good news but turned up to be a sad one for me. I cried all the way home (about 40 minutes + the traffic jam) with my right hand on the car steering and the other one holding my hp for the whole 36 minutes (to be exact). Luckily one of my friend willing to lend her ears for me as she was in the LRT at that time. 

I fetch Dhani at 6.50pm and went to the param near to my house. There was no kueh left at the param, cuma ada lauk je, I just rushed home to fry noodles with kuah tauchu as planned and we had our dinner (iftar supposed)  at about 8.00pm. After magrib prayer, I continued crying on my hubby’s shoulder and as usual, he is the one who advised me to think positive about it.

If I may quote one of my friend’s advice "Ko banyak2 berdoa bulan Ramadhan ni, mintak2 jumpa lailatul qadar dan semayang istikharah semoga Allah dapat beri ko petunujuk. Lagipun doa orang yang teraniaya ni maqbul. Ko  anggap la kita ni teraniaya" (memang pun..we are in the same shoes actually. That is why,  she is the first one popped up in my mind when I meroyan thinking that I should talk to someone right after I received the news which is still hot from the oven)

Today, I still act as nothing happen and work as usual. But deep inside, hanya Allah yang tau. Dear colleague ( I know u read my blog, perasan ye??) forgive me if I look weird today, less talking, less kutuking "bahan kutukan yang sorang tu" or look a bit dull. Yes my eye bag is too obvious. I didn’t even apply concealer to hide it. lantak pi.. I dun care to bercantik2 today.  

Sunday, August 15, 2010

Ginger Beef Kuey Teow

Mari memasak lagi. Kali ini resepi senang dan favourite hubby saya..

GINGER BEEF KUEY TEOW @ KUEY TEOW DAGING HALIA

Bahan-bahannya : Bawang putih+bawang besar blend, bawang potong 
dan banyak2 halia


Sayur2nya : carot dan kucai..(Ikut suka ye)


Bahan utama : Daging biar yang lembut dan 
kuey teow (tarak gambo..lupe)

Short cut...Dah siap!!!

Cara-caranya:

1) Tumis bawang2 dan halia
2) Tambahkan sos tiram
3) Masukkan air dan daging
4) Garam secukup rasa
5) Campurkan sedikit tepung jagung kasik kuah pekat.

SIAP dan sungguh mudah...Nak pedas tambah cili potong..resepi saya sekarang dah no-no cili padi inside coz si kecil nak makan..So papa kene buatkan cili potong asing ye..

Saturday, August 14, 2010

Tom Tom Bak...Anak Kecil Berpuasa

Mak bapak puasa, anak kecik yang kelaparan..

Setelah kami bersahur, tidur balik dan bangun lewat, Dhani yang bangun dulu terus pergi ke meja makan, tunjuk2 kat pisang yang ada atas meja. Papa kasik dia makan, macam kebulur gile. Kesian dia. Memang saya dah agak dia lapar coz dia bf macam x puas. So saya dah bejet2 bangun sat gi nak buatkan dia cornflakes dengan susu. Tak sempat cornflake, pisang montel sebijik gemok Dhani kebas sampai habis. Kesian Dhani.

Pastu saya buat juga cornflake untuk Dhani, dia makan separuh tak habis. Mungkin dah kenyang pisang.

Moral of the story : Kene bangun awal macam biasa dan sediakan breakfast untuk anak sebelum dia kebulur dan kene puasa jugak sebab parents puasa.:-)

Lepas makan dan mandi, Dhani pun ceria tengok Tom Tom Bak sambil makan cornflakes lagi (without milk)





Time ni, 3.40pm, saya dah rasa lembik berpuasa lepas Dhani dah bf 3 kali, 8am, 11am and 3pm, masak untuk berbuka (menu harini simple aje) dan kemas2 rumah skit. Memang macam tahun lepas, semenjak bf Dhani, dugaan berpuasa  memang terasa. Semoga Allah memberi lebih kesabaran dan kekuatan kepada all the BF mom..Amin.

Friday, August 13, 2010

Part II - Bersahur Bersama Herbalife

Ini adalah sambungan Entry Bersahur Bersama Herbalife.


Untuk hari pertama bersahur, saya buat Chocolate Milk Shake dengan Avocado dan Nesc. Ini gambarnya... 


Cara membuatnya:

1) 2 sudu F1 Herbalife perisa coklat
2) 1 sudu F3 (saya detailkan nanti apa F1 dan F3 tu)
3) Isi Avocado (separuh biji)
4) Sesudu besar Nesc (saya hantu kopi/nesc..Boleh kurang kalau tak suka)
5) 2 sudu susu pekat
6) Air satu gelas

Bahan2 tu semua blend je sekali menghasilkan milk shake yang lazat seperti gambar di atas.

Tips!! Untuk menjimatkan masa peyediaan bahan2 pagi2 buta time bersahur, saya dah siap2 bancuh nesc dengan susu dan kupas isi avocado macam gambar bawah ni di malam hari. Pagi2 tinggal blend je. Tu pun kat dalam bilik tutup pintu takut Dhani bangun (selalunya Dhani akan terkedek2 ikut kami bangun, pastu sambung tidur di ruang tamu).


Nesc dah siap bancuh di malam hari dengan isi avocado

Untuk pengetahuan anda F1 adalah Mixed Soy Powder. Bahan asas dalam Herbalife. Ada beberapa perisa : Vanilla, Choc, Capucino, Tropical Fruit, Strawberry dan beberapa jenis lagi..

F1 Tropical Fruit dan Dutch Chocolate

F3 adalah Blended Soy and Whey Protein. Ada orang amik F1 tanpa F3, tapi saya amik sekali F3 untuk memantapkan otot2 badan. Kalau dah kurus (konon2la..kalau), tak kan ada gelebeh2 lemak kalau kita firmkan otot2 dengan F3 (kata upline saya dan melalui pengesahan pembacaan risalah Herbalife).

F3 tak de perisa ye
(Jangan tanya saya F2 apa pulak. 
Saya pernah tanya upline tak de jawapan :-) )

Sepanjang hari, selain minum air kosong, kita boleh minum teh ini. Ada rasa original hibiscus dan peach. Yang peach ini sedap. Teh ini buang lemak dan bertindak sebagai agen antioksida. Pompuan suke kan perkataan A.N.T.I.O.K.S.I.D.A.?  Saya minum sepanjang malam lepas buka puasa.

 Tea Mix - Peach

Jangan pekat2 sangat bancuh ye untuk yang baru try. 

Untuk bf mom, jangan minum2 teh ini pekat2. Cafein kan? Sama macam kopi. Nisbah sukatan dalam sehari kiranya 2 plain water dan 1 campuran teh. Konon2 kalau maintain minum 3L air setiap hari, cuma 1L campur teh, 2L biar plain water. Kalau tak bf buat 3L campur teh lagi cepat buang lemak. Tapi buat cair2 je. Jangan pekat2 macam biasa minum teh tu. Sembelit tak jamin eh...

Overall, inilah set herbalife saya setakat ini, F1 tu saya selalu maintain 2 perasa sebab takut bosan. Ada orang kata tropical fruit dan strawberry tak sedap, setakat ni saya ok dengan tropical fruit sebab saya campur dengan  buah mangga, epal, pisang etc. Strawberry saya setuju. Tak sedap!! Lebih baik amik plain vanilla. Campur apa pun sedap.

Ada satu lagi tumbler besar gabak 2L tapi ntah campak mana tak jumpe

Again, Nak kurus tanya saya!! :-)



Thursday, August 12, 2010

Bersahur Bersama Herbalife

Untuk puasa tahun ini, saya berazam konon2 nak kurus..hehe..Antara langkahnye ialah berserderhana semasa bersahur dan berbuka kecuali hari berbuka di luar atau atas undangan tertentu. Saya cuba masak di rumah dan menunya yang simple2 aja.

Tapi untuk entry ni, saya nak cerita tentang menu bersahur saya. Suami saya bukan jenis yang bersahur, tapi mulai tahun ini telah berazam untuk bersahur selepas mendengar tazkirah ustaz di malam pertama ramadhan..bahawasanya...

Orang yang tidak bersahur itu adalah orang yang sombong..

Walaupun banyak fadilat bersahur, orang2 yang tidak bersahur itu seolah2 tidak memperdulikan fadilat bersahur yang amat besar itu. Itulah sebabnya dikatakan orang yang tidak bersahur itu orang yang sombong. Cukuplah sekadar sebiji kurma dan segelas air.

Bersahurlah wahai umat Muhammad..

Bagi saya pula yang sangat mengada2 tak tahan puasa  kalau tak sahur sebab breastfeed, saya akan cuba bangun sahur unless dah tido mati tak sedar dunia, saya gagahkan le berpuasa tanpa bersahur walaupun rasanya macam nak pengsan..hehe..poyo je lebih.

Berbalik kepada tajuk entry, saya kini berusaha untuk bersahur ringan dengan mengambil secawan milk shake herbalife. Untuk mengelak kebosanan, saya cuba mempelbagaikan perasa milk shake saya tu. Untuk hari pertama puasa saya ambil Herbalife Perisa Coklat versi Avacado. Ini dianye. Memang sedap dan berkhasiat.


Nak kurus, tanya saya!!! haha..Itu tagline Herbalife tapi saya tak kurus lagi sebab tak ikut peraturan. Wait and see ya. Walaupun progressnya lembab macam siput, tapi ada perubahan especially untuk body fat dan body age saya. Overall kene usaha lebih supaya tak rasa bersalah bila makan banyak raya nanti kalau kita dah kurus sket sepanjang Ramadhan. Keji betul kan cita2 spare perut untuk raya?

Wednesday, August 11, 2010

Gaya Si Kecik Tengok TV dan Strategi Menyusun

Anak korang pun cam ni kan??? Tengok TV depan2 skali..

Mula2 satu bangku..Siap berjongket tak hengat..Takut je tergolek..
Dah la book tiket paling depan sampai terlangut2 camtu..

Tukar pulak yang kaler hijau

Tukar2 tempat dah..
Tak tau la apa motipnye..

Finally...
Sape yang tengok TV ni??
Stool 2 ketul tu yang tengok. Kat atas rak pulak.
Budak yang dok susun2 tu dah ilang..

The Production is too low !!!! Let's conduct stress test..

Only 3oz for 16 mins? Too little huh? Normal production is about 4-6oz. Yes i'm fasting but it is not the main reason. the culprit is actually the STRESS factor. I did say this to my colleague just now when I gave the other colleague a task (just a simple checking task actually) at 1.10pm..teruk kan?   My statement was:

"Bulan posa ni makin tak sihat kita kan? Tak keluar makan, still wat kerja karang tiba2 tak perasan dah kol 2, keje balik".

Where my tadarus group? Sorry I can't start today First day dah ponteng. Hopefully  tomorrow..

Wishing u all happy fasting, happy ber'param'ing and semoga boleh mengcontrol perkara2 yang boleh membuatkan kita muntah darah dalam bulan posa ni.

* Hari fisrt posa pun saya dah mengumpat orang sebakul. Secara terang2 pulak tu. Sorry..I just can't stand it. It's your attitude..Please change la!!!!!Semoga si isu umpatan itu mendapat pahala tambahan (of coz i yang donate a part of it) dan mendapat cahaya petunjuk IIahi..tolongla sedar. Kesian orang lain oooiii.....

Tuesday, August 10, 2010

Malam Ramadhan Pertama

Sepatutnya sekarang ni masa sembahyang tarawih, tapi saya tidak melepaskan Elena, Damon and Stefan. Alasannye tak gi tarawih sebab tak de sapa jaga Dhani :-) Papa pergi sorang. Kami masih mencari cara nak lari dari Dhani dan bertarawih bersama macam 2 tahun lalu. Nani n Mimi the babysiter..Mari datang take turn jaga kanak2 ini. Bagi can kami tengok wayang  bertarawih...

Selamat berpusa semua!!!

Di bulan mulia ni, saya ingin memohon ampun dan maaf kalau ada yang terasa hati, tersakit hati dengan apa yang anda baca, lihat dan dengar di littlesharingspace. Semoga kita semua mendapat keberkatan Ramadhan kali ini dan dipertemukan dengan Lailatulqadar Insyaallah..

Sayonara..Bon Voyage!!!

Malam ini kami ke KLIA untuk mengucapkan selamat jalan kepada seorang kenalan yang akan meninggalkan tanah air, berhijrah ke negara orang, mencari ilmu dan pengalaman. Bila dah dekat nak sampai KLIA, hati saya jadi sayu. Saya cakap kat hubby:

Me : Orang selalunya excited nak g KLIA sebab nak g holiday, jalan2. Tapi setiap kali kita ke KLIA mesti dengan hati yang sayu kerana one of us will leave the other half. 

Kami tak pernah travel sekali menaiki kapal terbang MAS, or KLM or apa la saja asalkan dari KLIA. Yang paling confirm kene tinggal adalah Dhani. Selalulah ada drama air mata di KLIA dan cite feeling2 camne time nak ke Berlin, Singapore dan Japan dulu. Sama juga sedih time ditinggalkan hubby kalau dia pula kene outstation. Tiba2 time makan kat KFC, saya bagi satu statement kat hubby:

Me : Airport ni tempat tak sehat la. Orang yang datang cni kebanyakkannya jenis yang tinggal family. Kan best kalau jadi cam mak bapak kita. Dok umah, keje hari2, tak pernah tinggal anak esp mak kite. Tak pernah sehari pun saya ditinggalkan mak saya masa saya kecil sampai saya sendiri yang tinggalkan mak bila mula dok asrama..

Hubby : Ye la, apa nak buat. Kerja kita tak sama mcm diorang dulu. Sabar je la. Tak kan nak berenti kerja? (Kalau la saya boleh terus berhujah untuk statement yang last tu...)

Waktu tu Dhani dah seronok lari dari hujung KFC ke kawasan tegah dekat menara tinjau tu. Ingat lagi time saya nak pergi ke Berlin, lepas saya nak masuk autogate, saya lambai2 Dhani dan saya dengar dia nangis sampai hubby bawak dia kat area menara tinjau tu, saya masih dengar suara dia. Dalam aerotrain, tuhan saja tau sebaknya dalam hati. Time saya menaip ni, Dhani dah tidur sebelah saya. Sayu je mengenangkan nasib si anak kecil ini yang sering ditinggalkan. When next? Saya menghitung hari dengan hati yang sayu. Kali ni, kami dah sepakat. Tak mau bawa Dhani ke KLIA kalau salah sorang dari kami nak pergi outstation. Tak sanggup tengok dia nangis. Biarla tinggal rumah dengan Amornya (atok/opah).

Untuk cik puan kita yang sekarang ni dah meninggalkan Malaysia, we gonna miss u. Jangan lupa kami di sini.

Kesimpulannya KLIA adalah tempat yang sedih..huhu (sampaila satu masa saya dapat bercuti bersama keluarga melalui KLIA, barulah saya rasa KLIA tempat yang ceria..hehe..Semoga Allah memurahkan rezeki kami sekeluarga agar dapat bawa si kecil bercuti bersama kami nanti. Insyaallah)

Monday, August 9, 2010

Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari

Saya nak join program Ben Ashaari ni..


Resepi pertama saya adalah BIHUN SUP AYAM KAMPUNG...pernah saya publish entry ni tak lama dulu..

Saya memang suka masak sup ayam kampung. Saya jadikan amalan makan ayam kampung sejak berpantang anak saya, Dhani. Dalam sebulan sekali or 2 minggu sekali saya akan beli ayam kampung. Ye la lebih baik ayam kampung dari ayam bandar. Tapi nak beli selalu pun tak mampu dan leceh kene pegi pasar pagi2. Kalau lewat ayam kampung habis. Pasar kat rumah saya ni, ayam kampungnye limited dan cepat laris.

Mari memasak...

1. Panaskan minyak dan tumiskan sedikit bawang putih, bawang merah dan bawang besar. (boleh juga blend bawang2 ni)
2. Masukkan kulit kayu manis dan buah pelaga (sikit je)
3. Masukkan juga bunga lawang  dan sedikit halia kalau suka
4. Kacau sehingga naik bau dan kekuningan

5. Bila dah kuning bawang2 tu, masukkan air dan ayam kampung
6. Tambahkan garam 

7. Masukkan perencah@rempah sup Adabi (sup bunjut pun boleh)
**Tips!!Saya lebih suka rempah sup berbanding bunjut sebab kuah sup akan jadi pekat dan rasa sup yang lebih kaw...:-)

8. Di kuali berasingan, goreng bawang putih, bawang merah dan bawang besar (kalau nak sedap banyakkan bawang kecil)

9. Goreng bawang sehingga kuning keemasan

10. Sup ayam tadi terus dimasak atas api kecil sementara menunggu bawang goreng garing/kekuningan
11. Bila bawang dah ready (golden brown macam gamba di atas), terus masukkan bawang panas2 tu dengan sedikit minyaknya ke dalam sup
12. Matikan api sup, biarkan bawang menggelegak dalam sup
Tips!!Teknik campur bawang goreng last ni akan hasilkan  rasa yang agak berbeza kalau dibandingkan dengan tumis bawang di awal2 tadi saja.  Ini resepi mak saya. Rasa lebih kaw!! 

13. Tambahkan daun sup dan daun bawang

14. Tutup periuk supaya bawang dan sup masak sendiri menghasilkan rasa yang tersendiri

15. Siapkan bahan-bahan lain : Celur bihun, taugeh, sawi (kalau suka), daun sup/bawang, ayam diracik dan tauhu
16. Kalau style johor + soon goreng, kacang tanah dan bergedil..best betul!!

17. Ni gambar semua bahan2 termasuk sambal kicap (yang kecik sekali tu, dekat sayur)
Sambal kicap ni pun style Johor!!! (caranya: tumbuk cili padi, bawang putih, campur kicap dan sedikit gula)

Inilah hasilnya!!!!!
BIHUN SUP AYAM KAMPUNG
dengan sambal kicap style Johor :-)
....
..
.

Resepi Kedua saya adalah sejenis desert...CUSTARD PUDDING DENGAN SUSU DAN JELLY!!! diupload khas untuk program Ben ini..hehe!!

Selalunya pompuan suka desert2 ni. Saya dan adik saya suka ini. Kalau dah sekali buat saya boleh makan 2-3 kali sehari..serious gemok...Mari tengok......


 Yang kuning pekat tu custard pudding
Yang pink, cream, orange tu jelly 
Yang lain tu buah peach dan  buah2an cocktail dalam tin tu...

Cara-cara membuatnya:

Custard Pudding
1) Saya guna tepung custard brand bird custard dengan nisbah 1 cawan tepung 3 cawan air. Kalau nak lemak2 boleh gantikan 2 cawan air, 1 cawan susu. Tambah sedikit garam
2) Kacau sentiasa untuk elak castard berketul2. Masak dengan api kecil
3) Bila sudah meletup2 dan adunan nampak pekat berkilat, matikan api. Masukkan ke dalam acuan or apa2 bekas yang sesuai. Kalau malas, masuk loyang je. Pastu potong2 or tabur je buah2 cocktail atasnye bila nak makan. :-)

Susu
1) Masak susu cair di atas api kecil, tak kisah apa brand 
2) Tambahkan air manis dari buah2 cocktail tin. Tambahkan gula jika suka lebih manis
3) Tunggu sampai mendidih, matikan api
4) Boleh hidang bersama pudding bila dah sejuk (Rasanya tak de orang suke makan panas2 kot. Tambah ais kalau suke sejuk gile2)

Simple kan???Mari cuba...

Selamat berpuasa semua !!!!!!